Piala Agong 2018: W.P Kuala Lumpur Mara Ke Suku Akhir

Kredit – Kesatuan Ragbi Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(W.P Kuala Lumpur) menjadi pasukan terakhir melengkapkan kumpulan suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 setelah menewaskan pasukan Singa Utara dalam perlawanan penentu kalah mati Divisyen 2. W.P Kuala Lumpur hadir sebagai pasukan pelawat bertandang ke padang Stadium Mini Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Kangar menewaskan pasukan tuan rumah berkesudahan 27 berbalas 15. Pasukan tuan rumah bermula garang dan hampir mencipta peluang seawal minit ke-3 permainan namun berjaya dipatahkan oleh pasukan lawan.

Mata pertama pasukan pelawat hadir melalui jatuhan try yang disempurnakan oleh pemain import Etonia Vaqa Saukuru di minit ke-14. Danial Jeffri Davidson dengan tenang menyempurnakan tendangan conversion untuk memastikan 7 mata penuh pertama milik mereka. 10 minit kemudian Danial Jeffri Davidson sekali lagi menambah 3 mata mudah disebabkan oleh kecuaian pasukan tuan rumah. Setelah bergasak padu menahan asakan, pemain prop Luqman Nurhakin Hendri Dwisatrya berjaya memecah kebuntuan pasukan tuan rumah untuk kutipan 5 mata pertama yang sekaligus menamatkan permainan di separuh masa kedua.

Babak separuh masa kedua mula memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah setelah Shah Izzat Shah Rudin dan pemain import Ratu Peni Buketeivalu sekaligus berkongsi kerusi sinbin di luar padang. Kelebihan ini memberi tambahan 3 mata berjaya dituai oleh pasukan pelawat hasil dari sepakan penalti. Seterusnya pemain gantian berusia 19 tahun yang dimasukkan seawal babak separuh masa pertama; Abdullah Farhan Aiman bin Azhar berjaya menambah kutipan mata try kedua buat pasukan W.P Kuala Lumpur. Tambahan lagi dua mata conversion berjaya disempurnakan oleh Mohd Zharif Afandi bin Mohd Zahib yang mengambil alih tugasan Danial Jeffri Davidson. Walaupun mendahului perlawanan, Mohd Khairul Aimi bin Mohd Nor turut menyimpan kemas kad kuning pertama untuk pasukan W.P Persekutuan di minit ke-58 permainan.

Minit-minit akhir permainan menyaksikan kedua-dua pasukan bersilih ganti melakukan pertukaran pemain untuk memperkemaskan jentera pasukan. 7 mata penuh masih terus berjaya dicuri dari tuan rumah oleh pasukan pelawat. Walaupun ketinggalan namun ianya tidak membunuh semangat juang pasukan Singa Utara setelah pemain gantian Muhammad Afandi Ilias berjaya memperolehi dua jatuhan try berturut-turut dalam tempoh masa kurang 10 minit permainan. Berbaki 6 minit sebelum tamat permainan, pemain gantian W.P Kuala Lumpur Mohd Iqram bin Mustapha turut ‘direhatkan’ setelah menerima kad kuning kedua untuk pasukan.

Walaupun Perlis gagal untuk melayakkan pasukan ke pusingan suku akhir namun persembahan bagi kempen edisi ke-36 ini berjaya memperbaiki rekod pasukan berbanding edisi lalu yang tewas berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan. Manakala buat pasukan W.P Kuala Lumpur yang menarik diri pada edisi lalu ianya satu peluang yang harus dimanfaatkan sebaik untuk mencipta kejayaan.

Kini W.P Persekutuan bakal meneruskan aksi untuk perlawanan pembukaan pusingan suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 bertemu Kedah selaku pendahulu kumpulan Premier setelah mencatatkan kemenangan dalam ke semua perlawanan peringkat kumpulan. Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur merupakan venue perlawanan yang dijadualkan berlansung pada jam 0200 petang.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.765 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X