Piala Agong 2018: W.P Kuala Lumpur, Terengganu & Perlis Ungguli Perlawanan Pembukaan

Aksi pemain pasukan Negeri Sembilan setelah menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia(jersi putih) berkesudahan 29 berbalas 12 dalam perlawanan pembukaan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 berlansung di padang Padang PULAPOL, Kuala Lumpur. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pemain pasukan Negeri Sembilan setelah menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia(jersi putih) berkesudahan 29 berbalas 12 dalam perlawanan pembukaan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 berlansung di padang Padang PULAPOL, Kuala Lumpur. Kredit Foto – Sukandaily

W.P Kuala Lumpur, Terengganu dan Perlis antara pasukan yang mengungguli kutipan mata dalam perlawanan pembukaan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Padang Bellamy, Pangkalan Tentera Udara Diraja(TUDM), Sungai Besi menjadi venue tuan rumah buat W.P Kuala Lumpur setelah menewaskan Melaka berkesudahan 67 berbalas 10.

Terengganu yang menjadi pasukan tuan rumah telah menafikan hasrat Perak untuk mengekalkan rekod cemerlang perlawanan pembukaan berkesudahan 65 berbalas 14. Perlis yang menjadi pasukan pelawat berjaya memberi kejutan untuk menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan berakhir 46 berbalas 10. Perlis pada edisi lalu telah tewas besar kepada Kelantan di mana berkeputusan 85 berbalas 3.

Kelantan yang berada dalam kumpulan Divisyen 1 untuk musim ini telah berjaya menewaskan ATM di mana 17 mata menjadi jurang buat kedua-dua pasukan ini berkeputusan 36 berbalas 19. ATM pada awal musim lalu mencatat dua kekalahan berturut-turut sekaligus terkandas di peringkat kumpulan.

Kredit – Kesatuan Ragbi Malaysia

Negeri Sembilan berjaya memperbaiki rekod perlawanan pembukaan edisi lalu setelah mencatat kemenangan ke atas PDRM berkeputusan 29-12. PDRM yang mempertaruhkan pemain import Fiji baharu mereka masih tercari rentak dalam perlawanan pembukaan ini. Pada edisi lalu, PDRM juga turut senasib bersama ATM mencatat 2 kekalahan awal memaksa mereka berehat awal dari kejohanan ini.

Kedah yang menjadi pasukan sebutan untuk musim ini telah berjaya menewaskan juara bertahan musim lalu, Johor di mana mencatat keputusan dramatik 26 berbalas 24. Kedah memberi kejutan setelah mendapat mata pertama hasil dari tendangan penalti di awal minit pertama permainan. Menjelang minit ke-20 permainan terpaksa dihentikan seketika di atas faktor keselamatan oleh kerana hujan lebat menyebabkan berlaku litar pintas salah satu tiang elektrik berhampiran padang.

Masa permainan yang dihentikan memberi ruang sepenuhnya untuk Johor kembali mengatur strategi sekaligus mendahului permainan pada separuh masa pertama. Berbaki 2 minit sebelum wisel tamat ditiupkan, tendangan penalti milik Kedah sekali lagi berjaya menafikan pasukan tuan rumah untuk menang tipis di Stadium Mini Kota Tinggi.

KEPUTUSAN KEJOHANAN PIALA AGONG 2018 KE-36

MINGGU PERTAMA: 6 OKTOBER 2018
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
TERENGGANU  
 
65
 
vs
 
14
 
  PERAK
KEDAH  
 
26
 
vs
 
24
 
  JOHOR
KELANTAN  
 
36
 
vs
 
19
 
  ATM
NEGERI SEMBILAN  
 
29
 
vs
 
12
 
  PDRM
PERLIS  
 
46
 
vs
 
10
 
  PULAU PINANG
W.P KUALA LUMPUR  
 
67
 
vs
 
10
 
  MELAKA

 

KUMPULAN PASUKAN PIALA AGONG 2018
   PREMIER
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  JOHOR  
  2.  
 
  TERENGGANU  
  3.  
 
  PERAK  
  4.  
 
  KEDAH  
   
   DIVISYEN 1
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KELANTAN  
  2.  
 
  NEGERI SEMBILAN  
  3.  
 
  ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(ATM)  
  4.  
 
  POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM)  
         
DIVISYEN 2 – A
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  PERLIS  
  2.  
 
  SELANGOR  
  3.  
 
  PULAU PINANG  
   
DIVISYEN 2 – B
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  W.P KUALA LUMPUR  
  2.  
 
  PAHANG  
  3.  
 
  MELAKA  
         


– Sabah merupakan pasukan tunggal dari Borneo(W.P Labuan, Sabah & Sarawak) yang akan bermula di pusingan suku akhir.


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 1.760 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X