Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36: Jurang ‘2 Try’ Jadi Pemisah

Aksi pemain flyhalf Aliff Sazrie Azmi ketika mendapatkan mata jatuhan try ke-4 buat pasukan Terengganu sewaktu menentang Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 yang telah berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pemain flyhalf Aliff Sazrie Azmi ketika mendapatkan mata jatuhan try ke-4 buat pasukan Terengganu sewaktu menentang Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 yang telah berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star. Kredit Foto – Sukandaily

Beraksi dalam cuaca hujan lebat seawal permainan sedikit sebanyak menambah cabaran dan tekanan kepada kedua-dua pasukan yang berentap dalam perlawanan tumpuan minggu ke-2 kejohanan Piala Agong 1018 ini. Terengganu turun selaku pasukan pelawat di Stadium Sultan Abdul Halim bertemu Kedah berjaya mendahului permainan pada separuh masa pertama namun 2 try di minit-minit terakhir pasukan tuan rumah menjadi pemisah.

Kedah di antara pasukan menjadi sebutan pada musim ini mengejutkan pasukan pelawat seawal minit ke-5 untuk kutipan mata try pertama oleh Mohd Akmal bin Abdul Manaf. Tendangan conversion pertama permainan mudah disempurnakan oleh Muhammad Faizal bin Md Tahir sekali gus 7 mata berjaya dikutip. 10 minit kemudian pasukan tuan rumah sekali lagi berjaya mengutip 7 mata penuh permainan setelah pasukan Terengganu masih tercari rentak permainan. Sememangnya minit-minit awal permainan Kedah berjaya mendominasi penguasaan bola di atas padang.

Terengganu hadir selaku pasukan pelawat untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 untuk bertemu Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim. Kredit Foto - Sukandaily

Terengganu hadir selaku pasukan pelawat untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 untuk bertemu Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim. Kredit Foto – Sukandaily

Ketua jurulatih Terengganu; Mohd Mazuri Sallehudin tidak menunggu lama untuk mengatur taktikal di mana pemain gantian import Fiji Osea Navori Naiova dibawa masuk ke padang pada minit ke-16 permainan. Minit demi minit permainan pasukan pelawat kian dapat membaca rentak lawan di mana hasil dorongan cantik oleh Timoci Vunimoku memberi peluang kepada Stanly Sedry Stephen untuk jatuhan try pertama di minit ke-22. Terengganu mengekalkan taktikal yang sama untuk memberi tekanan dan berhasil mendapat kutipan mata seterusnya melalui 2 try dan 1 tendangan conversion dalam masa yang singkat sekali gus mendahului permainan di separuh masa pertama.

Babak separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah membuat beberapa gantian pemain sekali gus memberi tenaga kepada pasukan untuk menguasai permainan. Kedah mula memperbaiki permainan setelah mengenal pasti kelemahan taktikal pasukan pelawat di mana Mohd Syahmi Afiq bin Edan berjaya menambah 5 mata buat pasukan melalui jatuhan try. Menambah duka buat pasukan Terengganu apabila pemain hooker Azam Fakhrullah Abd Razak terpaksa dihantar keluar padang setelah mengalami kecederaan di minit ke-55 permainan.

Pemain import Fiji Timoci Vunimoku(memegang bola) membuat penampilan untuk tahun kedua bersama pasukan ragbi negeri Terengganu dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 ini. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain import Fiji Timoci Vunimoku(memegang bola) membuat penampilan untuk tahun kedua bersama pasukan ragbi negeri Terengganu dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 ini. Kredit Foto – Sukandaily

Asakan demi asakan oleh Kedah dalam suasana hujan lebat berjaya memberi tekanan kepada Terengganu untuk melakukan kesilapan di mana pasukan tuan rumah terus menambah mata hasil dari tendangan penalti. Terengganu kembali memperkemaskan taktikal permainan seperti di separuh masa pertama dan seterusnya berjaya menambah mata try yang disempurnakan oleh pemain flyhalf Aliff Sazrie Azmi.

Aliff Sazrie juga turut berjaya menyempurnakan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion untuk memberi peluang kepada pasukan mendahului permainan. Namun Kedah tidak menunggu lama untuk terus membalas dengan 2 jatuhan try berturut-turut disempurnakan oleh pemain fullback Muhammad Faizal bin Md Tahir sekali gus menamatkan permainan berkeputusan 37 berbalas 24.

Terengganu sekali lagi bakal menjadi tumpuan dalam perlawanan seterusnya menentang Johor selaku tuan rumah pada 20 Oktober 2018 bertempat di Stadium Mini Kota Tinggi. Kedua – dua pasukan ini merupakan finalis pada edisi lalu di mana Johor selaku penyandang juara turut telah tewas kepada Kedah dalam perlawanan pembukaan minggu lalu.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 1.145 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X