Ragbi Piala Agong Ke-36: NS Tewaskan PDRM

Pemain PDRM(putih) berjaya menyekat pergerakan pemain gantian Negeri Sembilan Muhammad Badrul Hisham Kamarudin dalam perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain PDRM(putih) berjaya menyekat pergerakan pemain gantian Negeri Sembilan Muhammad Badrul Hisham Kamarudin dalam perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto – Sukandaily

Negeri Sembilan selaku pasukan pelawat kumpulan Divisyen 1 bermula dengan langkah kanan musim ini apabila menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia dalam perlawanan pembukaan mereka bertempat padang PULAPOL, Kuala Lumpur. Aksi perlawanan bermula seimbang buat kedua-dua pasukan yang masih mencari rentak untuk kutipan mata. Kutipan mata pertama perlawanan hadir di minit ke-22 setelah tendangan penalti dihadiahkan kepada pasukan pelawat disempurnakan oleh Anwarrul Hafiz bin Ahmad.

PDRM juga turut dikejutkan dengan layangan kad kuning pertama untuk musim ini yang dikutip oleh pemain import Fiji Lasaro Tugadrau pada minit ke-38. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan pelawat untuk menguasai perlawanan sekali gus Anwarrul Hafiz bin Ahmad sekali lagi berjaya menambah mata melalui jatuhan try pertama di minit ke-42. Ahmad Hazim bin Haji Ahmad Ahfrai memastikan kutipan mata melalui tendangan conversion tidak disia-siakan sekali gus mendahului permainan 10-00.

Aksi pemain pasukan Negeri Sembilan setelah menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia(jersi putih) berkesudahan 29 berbalas 12 dalam perlawanan pembukaan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 berlansung di padang Padang PULAPOL, Kuala Lumpur. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain PDRM Kon/S Muhamad Lofti Ameer bin Awang(putih) cuba melepaskan diri ketika bertemu Negeri Sembilan di perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto – Sukandaily

PDRM tidak memerlukan masa yang lama untuk mengatur pasukan apabila pemain fullback Nik Mohd Salahuddin bin Nik Nazam mengejutkan pasukan lawan dengan jatuhan try pertama pada minit ke-51. Kedua-dua pasukan kian tertekan untuk menambah mata di penghujung minit-minit akhir separuh masa pertama permainan menyaksikan beberapa pertukaran pemain gantian buat kedua-dua pasukan.

Pada separuh masa kedua permainan, Negeri Sembilan berjaya menterjemahkan perancangan jurulatih Noor Akmal Md Noor untuk memastikan Negeri Sembilan terus menambah mata. Namun pasukan pelawat ini juga turut tertekan untuk menahan asakan PDRM apabila Abdul Hafiz bin Razali turut membawa kad kuning ke tepi padang di minit ke-69. Menjelang minit-minit akhir permainan, pasukan tuan rumah berjaya menambah kutipan mata try yang disempurnakan oleh pemain import Fiji Lasaro Tugadrau setelah berkali-kali mencuba. Namun kutipan mata itu masih ketinggalan di belakang pasukan pelawat.

Pemain flyhalf PDRM Wan Mohd Faizal bin Zulkifli(tengah) gagal untuk melepasi pemain pasukan lawan dari Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto - Sukandaily

Pemain flyhalf PDRM Wan Mohd Faizal bin Zulkifli(tengah) gagal untuk melepasi pemain pasukan lawan dari Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto – Sukandaily

Pemain gantian pasukan pelawat, Muhammad Fauzi bin Ismail terus menambah duka pasukan tuan rumah setelah menambah lagi 5 mata melalui jatuhan try terakhir buat pasukan Negeri Sembilan. Tendangan conversion terakhir juga turut disempurnakan oleh pemain gantian Mohd Aqra bin Sidk sekali gus memastikan Negeri Sembilan meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan yang berkeputusan 29-12.

Seterusnya Negeri Sembilan bakal menjadi tuan rumah untuk bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di padang Kolej Tunku Jaafar pada 13 Oktober 2018 nanti. Kelantan yang juga pasukan pilihan kumpulan Divisyen 1 turut mencatat kemenangan pertama setelah menewaskan pasukan ATM di padang kem TUDM Jugra, Banting. Seterusnya Kelantan bakal beraksi selaku tuan rumah untuk menentang PDRM di padang Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.

Aksi pemain pasukan Negeri Sembilan setelah menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia(jersi putih) berkesudahan 29 berbalas 12 dalam perlawanan pembukaan kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 berlansung di padang Padang PULAPOL, Kuala Lumpur. Kredit Foto - Sukandaily

Pergerakan pemain flyhalf Negeri Sembilan Ahmad Hazim bin Haji Ahmad Ahfrai(depan) berjaya dikekang oleh pemain PDRM dalam perlawanan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 yang berlangsung di padang PULAPOL, Jalan Semarak. Kredit Foto – Sukandaily

 

KEPUTUSAN DIVISYEN 1 PIALA AGONG 2018
MINGGU PERTAMA: 6 OKTOBER 2018
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
NEGERI SEMBILAN  
 
29
 
vs
 
12
 
  PDRM
KELANTAN  
 
36
 
vs
 
19
 
  ATM

 

KUMPULAN DIVISYEN 1 PIALA AGONG 2018
   DIVISYEN 1
NO.
 
PASUKAN
  1.  
 
  KELANTAN  
  2.  
 
  NEGERI SEMBILAN  
  3.  
 
  ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(ATM)  
  4.  
 
  POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM)  
       
         
           
         


   


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 1.904 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X