Ragbi Piala Agong Ke-36: Penyu Belasah Seladang

Aksi kapten pasukan Terengganu; Mohamad Nasharuddin bin Ismail(pelindung kepala kuning) bermain di posisi scrum half dalam perlawanan sulung menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – Sukandaily

Aksi kapten pasukan Terengganu; Mohamad Nasharuddin bin Ismail(pelindung kepala kuning) bermain di posisi scrum half dalam perlawanan sulung menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – Sukandaily

Finalis edisi lalu, pasukan ragbi negeri Terengganu bermula cemerlang dalam perlawanan sulung kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 setelah membelasah Perak berkeputusan 65 berbalas 14. Kutipan mata yang diterjemahkan melalui 11 try dan 5 conversion berjaya disempurnakan oleh pasukan negeri ini di bawah kendalian Mohd Mazuri Sallehudin selaku ketua jurulatih. Skuad Penyu yang beraksi di laman sendiri bermula garang apabila berjaya memperolehi jatuhan try pertama seawal minit ke-3 disempurnakan oleh Muhammad Haikal bin Ibrahim.

Minit demi minit permainan bermula dapat dilihat penguasaan penuh rentak permainan pasukan tuan rumah walaupun berlansung dalam cuaca panas di padang Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Pasukan lawan kian hilang menambah duka apabila 2 pemain turut memperolehi kutipan kad kuning pertama dalam perlawanan pembukaan di separuh masa pertama. Kutipan mata 7 try dan tambahan 4 tendangan conversion yang berjaya disempurnakan sekaligus berjaya menafikan tanpa sebarang kutipan mata oleh pasukan Seladang pada separuh masa pertama.

Barisan para pemain bersama jurulatih & pegawai Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – Sukandaily

Barisan para pemain bersama jurulatih & pegawai Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – Sukandaily

5 minit setelah bermula separuh masa kedua, Stanly Sedry Stephen sekali lagi berjaya menambah mata melalui larian pantas untuk jatuhan try ke-3 permainan di sudut padang. Walaupun pemain flyhalf; Aliff Sazrie bin Azmi kurang bernasib baik untuk menambah mata melalui tendangan conversion namun selang 4 minit kemudian pemain gantian Muhamad Faiz Izzuddin bin Azmi berjaya menambah mata melalui try. Kutipan mata try pertama buat pasukan Seladang hadir di minit ke-56 permainan melalui pemain gantian Mohd Shah Irwan bin Nordin setelah kesilapan mudah oleh pasukan tuan rumah. Kesilapan mudah itu juga turut memudahkan pasukan Seladang ini menambah mata melalui tendangan conversion.

Aksi pemain prop Terengganu; Lawrence Petrus untuk membuat jatuhan try ke-10 pada minit ke-69 permainan dalam aksi sulung menentang Perak dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto - Sukandaily

Aksi pemain prop Terengganu; Lawrence Petrus untuk membuat jatuhan try ke-10 pada minit ke-69 permainan dalam aksi sulung menentang Perak dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – Sukandaily

Asakan demi asakan padu barisan pemain hadapan skuad Penyu menebuk pertahanan lawan akhirnya memberi ruang kepada Lawrence Petrus untuk menyempurnakan kutipan mata try ke-10 di minit ke-69 permainan. Aliff Sazrie bin Azmi menyempurnakan tugasnya dengan melengkapkan tambahan 2 mata lagi melalui tendangan conversion. Walaupun skuad Penyu mendahului selesa untuk menguasai perlawanan, Muhammad Haikal bin Ibrahim yang telah mengutip 2 mata try juga turut mengutip kad kuning pertama buat pasukan di minit ke-72 permainan. Turut bersama berkongsi kerusi sinbin adalah pemain import Fiji Timoci Vunimoku yang turut menyimpan kad kuning di minit-minit akhir permainan ini. Skuad tuan rumah yang beraksi dengan 13 pemain dimanfaat sepenuhnya oleh Seladang untuk menambah try dan conversion.

Namun layangan kad kuning bukan noktah buat skuad Penyu ini apabila kutipan mata try terakhir berjaya disempurnakan oleh Stanly Sedry Stephen di minit-minit akhir permainan. 4 try berjaya dilakukan meletakkan pemain ini pengutip mata terbesar buat pasukan bagi sepanjang perlawanan ini. Untuk rekod, Stanly Sedry Stephen bersama Muhammad Haikal bin Ibrahim, Azam Fakhrullah bin Abd Razak dan Muhammad Faris bin Abdullah di dalam skuad Piala Agong ini juga turut telah beraksi mewakili negeri Terengganu di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 pada September lalu.

Seterusnya skuad Penyu dijadualkan untuk bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Premier ini pada 13 Oktober ini bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim. Kedah selaku pasukan di tempat ke-4 pada edisi lalu meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pertama di tempat lawan setelah menentang Johor. Manakala pasukan Perak selaku pasukan di tempat ke-3 pada edisi lalu bakal menjadi tuan rumah untuk aksi kedua mereka menentang Johor selaku penyandang juara.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


No announcement available or all announcement expired.
Page generated in 0.811 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X