16 Pasukan Warnai Liga Ragbi Malaysia 2019

Mesyuarat Pengurus Pasukan Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 yang telah berlansung pada 29 Januari 2019 bertempat di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Kuala Lumpur . Kredit Foto - Kesatuan Ragbi Malaysia

Mesyuarat Pengurus Pasukan Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 yang telah berlansung pada 29 Januari 2019 bertempat di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Kuala Lumpur . Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia

Kalendar ragbi kebangsaan membuka tirai dengan penganjuran Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2019 dijadualkan untuk bakal berlangsung bermula pada 16 Februari 2019 dan berakhir pada 24 Mac 2019 nanti. Edisi kali kedua sejak diperkenalkan format baharu pertandingan pada 2017 mengabungkan Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan(NICC). Walaubagaimanapun pada tahun lalu, tiada sebarang penganjuran oleh Kesatuan Ragbi Malaysia(MRU) diadakan sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan para peminat.

Pada tahun ini juga sekali lagi penganjur memperkenalkan format baharu pertandingan di mana hanya melibatkan dua kategori kumpulan iaitu Divisyen Premier dan Divisyen 1 sahaja manakala Divisyen 2 yang pertama kali diperkenalkan pada edisi 2017 lalu tidak dipertandingkan. Divisyen Premier terdiri dari kelab Keris Conlay selaku juara Air Asia Malaysia Rugby League 2017, Asas RC, Mersing RC, UiTM Lions, UPM Serdang Angels, SSTMI Tsunami, Iskandar Raiders dan NS Wanderers.

Naib Juara Liga Ragbi 2017 Divisyen 1 – Kor JLJ DiRaja. Kredit Foto – Sukandaily


Manakala Divisyen 1 adalah Cobra, Politeknik Malaysia, Silver Gaurus, ATM JLJ, Edwardian Tigers, Polis Bersatu, Blackhawk dan KL Tigers. Liga musim ini juga turut mencatat penyertaan yang lebih rendah berbanding edisi pertama kali terdahulu setelah MRU memperkenalkan peraturan baharu syarat layak bertanding.

Hanya pasukan mahupun kelab yang berdaftar sebagai ahli gabungan kesatuan ragbi negeri sahaja dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini. Hal ini secara tidak lansung mencerminkan bahawa kebanyakkan pasukan ragbi tempatan tidak berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia atau tidak bernaung dengan mana-mana badan induk sukan ragbi tanah air. Oleh yang sedemikian hanya 8 pasukan bagi setiap kumpulan berbanding pada edisi terdahulu melibatkan 35 pasukan untuk tiga kategori kumpulan. Malah kelibat juara Divisyen 2 edisi lalu; ATM Navy Orca juga tidak dilihat meneruskan perjuangan bagi musim ini.

Pada edisi kali ini, ganjaran wang tunai kepada pasukan juara masih dikekalkan pada RM10,000.00 bagi kategori Divisyen Premier manakala bagi Divisyen 1 telah dinaikkan kepada RM7,000.00 berbanding RM3,000.00 pada edisi lalu. Kenaikkan kadar ganjaran wang tunai juga turut dirasai bagi pemenang tempat kedua dan seterusnya bagi kedua-dua divisyen berbanding edisi terdahulu. Yuran penyertaan untuk edisi 2019 ini juga turut telah dinaikkan kepada RM5,000.00 bagi Divisyen Premier berbanding RM2,000.00 pada edisi 2017. Manakala yuran penyertaan bagi Divisyen 1 adalah sebanyak RM3,000.00 berbanding RM700.00 termasuk RM1000.00 deposit pada saingan 2017 lalu.

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 2.678 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X