Malaysia Destinasi Ke-12 Jelajah Trofi Piala Webb Ellis

Malaysia menjadi negara ke-12 menerima kunjungan rasmi "Web Ellis" dalam siri siri jelajah trofi Piala Dunia Ragbi Jepun 2019. Kredit Foto - Kesatuan Ragbi Malaysia

Malaysia menjadi negara ke-12 menerima kunjungan rasmi “Web Ellis” dalam siri siri jelajah trofi Piala Dunia Ragbi Jepun 2019. Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia

Kehangatan penganjuran Piala Dunia Ragbi Jepun 2019 mula membara dengan siri jelajah trofi Piala Webb Ellis yang kini tiba di Malaysia sebagai negara singgahan ke-12. Siri jelajah trofi Piala Dunia ini mencipta fenomena yang amat dinanti-nantikan khususnya peminat ragbi tempatan untuk melihat lebih dekat piala berusia 32 tahun ini. Malah sudah pasti peluang ini hanya sekali seumur hidup untuk para peminat ragbi tanah air!

“Webb Ellis” memulakan pengembaraan untuk mengelilingi dunia setelah menyambut sambutan tahun baru 2018 di kota London. Uruguay, Sepanyol, Fiji, Hong Kong, China, Filipina dan India adalah negara yang disinggahi sebelum tiba ke negara matahari terbit selaku tuan rumah untuk penganjuran yang amat dinanti-nantikan – Piala Dunia Ragbi Jepun 2019. Seterusnya meneruskan jelajah ke negara Perancis, Nepal dan Ireland di mana hampir setahun lebih untuk sampai ke negara ini sebelum meneruskan siri jelajah ke beberapa negara lain.

Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (hadapan - dua dari kanan) yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) berkenan bergambar bersama Trofi Piala Dunia Ragbi 2019 (Piala Webb Ellis) pada Majlis Makan Malam Jelajah Malaysia Trofi Piala Dunia Ragbi 2019. Kredit Foto - Kesatuan Ragbi Malaysia

Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (hadapan – dua dari kanan) yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) berkenan bergambar bersama Trofi Piala Dunia Ragbi 2019 (Piala Webb Ellis) pada Majlis Makan Malam Jelajah Malaysia Trofi Piala Dunia Ragbi 2019. Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia


Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah; yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) turut telah berkenan berangkat ke majlis jamuan malam sempena siri Jelajah Trofi Piala Webb Ellis yang telah diadakan di sebuah hotel di ibukota. Trofi ragbi paling berprestij itu telah tiba di Malaysia semalam(18 Januari 2019) untuk kunjungan “lawatan rasmi” selama 5 hari di negara ini yang dijadualkan berakhir pada 21 Januari 2019 nanti.

Singgahan "Web Ellis" di beberapa tempat mercu tanda kebangsaan memberi peluang kepada orang ramai khususnya para peminat untuk melihat dengan lebih dekat piala rebutan dunia ini. Kredit Foto - Kesatuan Ragbi Malaysia

Singgahan “Web Ellis” di beberapa tempat mercu tanda kebangsaan memberi peluang kepada orang ramai khususnya para peminat untuk melihat dengan lebih dekat piala rebutan dunia ini. Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia


Pelbagai program telah dirangka termasuk untuk singgah di Menara Berkembar KLCC dan Dataran Putrajaya yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Sebelum itu wakil dari pihak World Rugby & DHL selaku pihak penaja kejuaraan Piala Dunia Ragbi Jepun 2019 ini turut telah menyampaikan kit program latihan pembangunan ragbi “Get Into Rugby’ di sebuah sekolah bertempat di Putrajaya.


Seterusnya, “Web Ellis” bakal berkunjung ke Jerman untuk menjadi negara singgahan ke-13 pada 4 Februari 2019 nanti. Keseluruhan 19 negara menjadi destinasi pilihan untuk program Jelajah Trofi Piala Webb Ellis untuk penganjuran Piala Dunia Ragbi Jepun 2019 ini. – Raimi Yusof

Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.840 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X