Lions & Hornets Ungguli Perlawanan Pembukaan Liga Ragbi Malaysia 2019

Keputusan penuh Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2019 bagi minggu pertama. ASAS RC raih kemenangan mudah dengan kutipan mata walk over setelah Iskandar Raiders menarik diri di saat-saat akhir perlawanan pembukaan. Kredit - Kesatuan Ragbi Malaysia

Keputusan penuh Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2019 bagi minggu pertama. ASAS RC raih kemenangan mudah dengan kutipan mata walk over setelah Iskandar Raiders menarik diri di saat-saat akhir perlawanan pembukaan. Kredit – Kesatuan Ragbi Malaysia

Pasukan UiTM Lions dan Poly MAS Hornets memberi kejutan mengungguli dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2019 yang telah bermula pada hari ini(16 Feb 2019). UiTM Lions masih kekal beraksi dalam Divisyen Premier pada musim ini menewaskan SSTMI Tsunami berkesudahan 43 berbalas 15. Manakala Poly MAS Hornets yang turun ke Divisyen 1 meraih kemenangan besar 80 berbalas 03 ke atas Silver Gaurus selaku penyandang juara Divisyen 1 edisi lalu.

Penyandang juara Divisyen Premier, Keris Conlay turut mencatat kemenangan pertama musim ini setelah menewaskan Serdang Angels dengan 5 jatuhan try dan 5 tendangan conversion dan 1 gol penalti berkesudahan 38 berbalas 24. Untuk rekod pada musim lalu, Keris Conlay telah membelasah Panthers Blowpipes 86 tanpa balasan dalam perlawanan pembukaan sekaligus menjadi pasukan mendominasi kutipan mata perlawanan.

Perlawanan pembukaan ini juga turut dikejutkan dengan isu penarikan diri pasukan Iskandar Raiders di saat-saat akhir sekaligus memberi kemenangan mudah ke atas ASAS RC dengan mata walk over 28 tanpa balasan. Iskandar Raiders merupakan salah satu pasukan ternama dalam areana ragbi tanah air yang mampu memberi tekanan kepada pasukan lawan di mana musim lalu berjaya mara ke pusingan suku akhir Divisyen Premier. Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Ragbi Malaysia(MRU) tentang isu penarikan diri yang menimbulkan tanda tanya sebahagian besar para peminat ragbi tanah air.

Selain Iskandar Raiders, satu lagi pasukan dari selatan tanah air yang turut beraksi dalam kumpulan Premier iaitu Mersing Eagles yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir edisi lalu turut mencatat kemenangan ke atas NS Wanderers berkeputusan 38 berbalas 26.

Selain Poly MAS Hornets, penampilan sulung pasukan Polis Bersatu dalam Liga Ragbi Malaysia juga turut cemerlang meraih kemenangan bergaya menewaskan Edwardian Tigers berkesudahan 43 berbalas 17 dalam aksi peringkat kumpulan Divisyen 1. Pasukan Blackhawks yang dibarisi oleh pemain-pemain anggota Tentera Udara Malaysia berjaya menewaskan KL Tigers dengan kutipan mata 34 berbalas 07. Manakala pasukan ATM JLJ berjaya mengikat pasukan COBRA Development dengan keputusan seri 19-19.

 

KEPUTUSAN MINGGU PERTAMA DIVISYEN PREMIER
MINGGU PERTAMA: 16-17 FEBRUARI 2019
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
KERIS CONLAY  
 
38
 
vs
 
24
 
  SERDANG ANGELS
UITM LIONS  
 
43
 
vs
 
15
 
  SSTMI TSUNAMI
ASAS RC  
 
28
 
vs
 
00
 
  ISKANDAR RIDERS
MERSING EAGLES  
 
38
 
vs
 
26
 
  NS WANDERERS

 

KEPUTUSAN MINGGU PERTAMA DIVISYEN 1
MINGGU PERTAMA: 16-17 FEBRUARI 2019
PASUKAN
 
MATA
 
vs
 
MATA
 
PASUKAN
POLY MAS HORNETS  
 
80
 
vs
 
03
 
  SILVER GAURUS
BLACKHAWKS  
 
34
 
vs
 
07
 
  KL TIGERS
COBRA DEVELOPMENT  
 
19
 
vs
 
19
 
  ATM JLJ
POLIS BERSATU  
 
43
 
vs
 
17
 
  EDWARDIAN TIGERS


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.845 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X