Taman Ekuestrian Putrajaya Pentas Piala Dunia FIT Touch 2019

Menteri Belia dan Sukan YB Syed Siddiq(kemeja T putih) merasmikan Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai venue Kejohanan Piala Dunia FIT Touch edisi ke-9 yang telah diadakan di Pavilion Taman Ekuestrian Putrajaya. Kredit Foto - Sukandaily | Mahmud Talib

Menteri Belia dan Sukan YB Syed Siddiq(kemeja T putih) merasmikan Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai venue Kejohanan Piala Dunia FIT Touch edisi ke-9 yang telah diadakan di Pavilion Taman Ekuestrian Putrajaya. Kredit Foto – Sukandaily | Mahmud Talib


Jalinan kerjaya sama di antara Perbadanan Putrajaya dan FIT Touch Malaysia telah bermula sejak tahun 2012 di mana turut sama menganjurkan Kejohanan Kelab Touch Asia edisi ke-8 di Taman Ekuestrian Putrajaya(TEP). Kini di pentas yang sama bakal menganjurkan Kejohanan Piala Dunia FIT Touch 2019 edisi ke-9 yang akan berlansung pada pada 29 April hingga 4 Mei ini.

Kejayaan penganjuran ini terus menarik perhatian Setiausaha Agung Federation of International Touch(FIT), Dennis Coffey untuk memberi peluang kepada Malaysia bagi membida sebagai tuan rumah penganjuran Piala Dunia Touch 2019 ini. Sokongan secara tidak langsung dari badan induk ini sudah pasti tidak disia-siakan dan segala kerja-kerja berkaitan telah bermula sejurus tamat penganjuran Kejohanan Kelab Touch Asia edisi ke-8 pada tahun 2012 itu.

Hasil dari kerja keras bersama pihak Perbadanan Putrajaya dan Tourism Malaysia sejak awal lagi, Malaysia telah disenarai pendek bersama USA untuk menjadi tuan rumah penganjuran piala dunia ini. Pada Julai 2014 menjadi detik bersejarah apabila badan induk mengumumkan Malaysia dengan rasminya menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Piala Dunia FIT Touch 2019 edisi ke-9 sekaligus berjaya menewaskan beberapa negara lain yang berpotensi besar.

15 Mac 2019 yang lalu menjadi tarikh penuh bersejarah dalam satu majlis yang penuh gemilang di mana YB Syed Saddiq tiba di venue bersama rombongan besar seramai 100 penunggang basikal dan 10 kenderaan pacuan empat roda yang bermula dari pejabat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Menambah menarik, gimik lima penunggang kuda menyampaikan skrol kepada YB Syed Saddiq untuk mengumumkan bahawa Taman Ekuestrian Putrajaya menjadi venue rasmi Piala Dunia FIT Touch 2019.

Menteri Belia dan Sukan ini juga turut berpendapat bahawa sukan touch yang turut mendapat sokongan dari pihaknya sewajarnya turut diperkenalkan di peringkat murid-murid sekolah. Oleh yang sedemikian kementerian ini dijangka untuk bekerjasama dengan Kementeria Pendidikan Malaysia untuk merangka program pembangunan sukan touch ini.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Presiden FIT, Erick Acker sejurus tiba dari Paris turut teruja dengan keindahan lanskap Putrajaya dan pemilihan TEP sebagai venue kejohanan menjadi pilihan tepat. Kualiti venue penganjuran bertaraf dunia dan sokongan padu dari Kerajaan Malaysia menjadi faktor kejayaan menjadi tuan rumah.

Acker juga turut mengulas bahawa walaupun sukan ‘Touch’ yang diolah dari liga ragbi Australia (Australian Rugby League) merupakan sukan yang baru di negara ini namun mula diterima dengan wujudnya pemain-pemain tempatan yang kian bertambah. Malah sehingga kini terdapat 47 negara di seluruh dunia termasuk 11 negara dari Asia telah bernaung bawah FIT selaku badan induk yang memantau sukan touch ini.

Sukan touch yang tidak memerlukan saiz badan tertentu dan dimainkan dengan sentuhan seminima berbanding sukan ragbi menjadi pilihan buat beberapa negara Asia untuk turut bersama. Menambah menarik sukan ini mampu dimainkan dengan selamat dari pelbagai peringkat usia walaupun di kalangan mereka yang berusia.

Piala Dunia FIT Touch 2019 ini merupakan acara penganjuran sukan terbesar di Malaysia di mana seramai 2,400 peserta dari 26 negara membentuk 117 pasukan akan hadir di majlis pembukaan penganjuran pada 29 April nanti. Sebanyak 11 kategori melibatkan lelaki dan wanita dan pasukan campuran yang dipertandingkan termasuk tiga kategori terbuka elit dan lapan kategori senior melibatkan penyertaan atlet berusia 50 tahun.

Turut menjangka kedatangan sebahagian besar pelancong antarabangsa di kalangan peminat sukan ini yang akan berkampung di sekitar venue pertandingan dilihat mampu menjana ekonomi sehingga RM50 juta. Kejohanan yang akan berlansung selama 6 hari dilihat merupakan penganjuran terbesar dalam sejarah untuk Piala Dunia FIT Touch ini.


Salin kod di bawah ini dan letakkan di laman web anda


Page generated in 0.830 seconds. Stats plugin by www.blog.ca
X